Saturday 15 March 2014

rasuah pembinaan UMK Jeli

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK). pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan siap bagi kerja -kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor.

No comments:

Post a Comment