Saturday 15 March 2014

rasuah pembinaan UMK Jeli

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK). pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan siap bagi kerja -kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor.

misteri kehilangan MH370

8 march 2014. negara dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 .Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.


Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi .
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
Misteri kehilangan pesawat ini menjadi tanda tanya kepada kita seluruh dunia dan Malaysia amnya. banyak cakap-cakap yang kita dengar berhubung dengan kehilangan ini. ada yang mengatakan kapal ini dirampas dan ada jugak yang memberikan kenyataan bahawa kapa ini 'hilang'. hilang dalam erti kata lain ialah ghaib. 
Ya Allah. jika ada di langit Kau turunkanlah, jika dilaut Kau timbulkanlah dan jika ada di bumi Kau keluarkanlah. sesungguhnya dengan kekuasaan Allah, kapal sehebat mana pun sebesar mana dan secanggih mana pun jikan dikendaki oleh-NYA maka kita sebagai hambaNYA hendaklah terima dengan hati yang terbuka dan memohon petunjuk dari-NYA untuk mengembalikan semula manga - mangsa tersebut kepada kita. 
Sayunya hati ini apabila melihat kesedihan dan tangisan air mata keluarga mangsa berhubung dengan kehilangan ini. . 
masuk hari ini, 15/3 sudah 8 hari misteri kehilangan MH370. namun masih tiada berita yang sahih dapat kita dengar berkenaan kehilangan ini, Sama-samalah kita berdoa semoga mangsa berada dalam keadaan selamat dan pulang disamping keluarga yang memerlukan


sama -samalah kita berdoa semoga mereka selamat berada dalam lindungan-NYA. 



please come back #MH370 !


Ya Allah selamatkanlah mereka , Jika ada dilaut timbulkanlah , jika dia langit turunkanlah :')